Cardiff Rangers' FotoPage
cardiff hafiz muiz
By: Cardiff Rangers

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  1  2  3  4  5  [6]  7  8  9  10  11  12  >  >>]    [Archive]
Tuesday, 30-Sep-2008 16:30 Email | Share | | Bookmark
Bungkusan kami tiba....

 
 
 

Gembira tak terkira ... kira mula tu dah gone case, may be tomorrow or entah bila ... 7.40am ada orang ketuk pintu ... unexpected, it's our parcel! Kelam kabut dibuatnya ...semua nak pakai baju baru ... maklumlah rasanya baju melayu dan kurung yang kami bawa hari tu untuk anak-anak lebih kerap dipakai disini dari di Mesia.

Kita pun terus buat talian hayat ke Acik Ayang. Dia orang tengah buat ketupat...kita dah beraya! Walauapapun timakacih Acik Ayang! Dapatlah rasa bakar Sg Besar!


Monday, 29-Sep-2008 15:02 Email | Share | | Bookmark
Malam Raya di Cardiff 2008/1428H

Biskut raya made by kakak & Ejah
Dalam periuk tu kuah mee kari
Ayam ... nak masak rendanglah tuh!
View all 12 photos...
Inilah sambutan pertama aidil fitri buat kami sekeluarga di Cardiff. walaupun ini bukanlah kali pertama kami menyambutnya diperantauan, tapi kesayuannya tetap dirasai ... cuma bersama anak-anak kesayuannya berbeza ... memisahkan mereka daripada kaum keluarga, apatah lagi Atuk, nenek, tok ayah dan tok mek . Apatahlagi dimana sekalipun, Sabak atau Bukit Gading, memang kami meriuhkan suasana. Maklumlah tujuh orang semuanya!

Kali ini kami terpisah ... dan mungkin suasana ini akan berulang lagi sekurang-kurangnya untuk 2 tahun lagi. Walauapapun, dalam kesibukan tugas belajar, ditambah lagi rasa badan yang kurang sihat, suasana kemeriahan tetap cuba diwujudkan. Seperti biasa ... walaupun kalau di sabak bukanlah kita champion memasaknyer ... disini kenalah bersekang mata buat juadah untuk hari raya .

Tapi yang menariknya ... ada takbir dari rumah ke rumah di cardiff ni walaupun tak semua rumah disinggahi. Kami menerima mereka ... jamuannya mee kari jer ... tapi meriah, nampaknya semua warga lelaki Cardiff kelihatan




Monday, 22-Sep-2008 14:44 Email | Share | | Bookmark
The arrival of Maslina & family in Cardiff

Mai kita naik aeroplane dulu ... Muiz, Hafiz & Fatim
Me at Cardiff Airport waiting for Mas' arrival
Me and Muiz
View all 6 photos...
Maslina (Mas), a friend of mine who works in IIUM Gombak safely arrived here in Cardiff on the 22nd of September. She comes here to pursue her PhD in Accounting & Finance. So, with her arrival in cardiff, adalah 4 orang staff IIUM yg berkampong disini - Dr Hairul, Syafei, myself and Mas.


Friday, 19-Sep-2008 14:21 Email | Share | | Bookmark
Buka puasa di rumah kami

Meehun sup complete
Roti jala
Ini complete menu ...plus fruit cocktail
View all 8 photos...
Kali ni turn my coursemates (the singles) buka puasa dirumah kami. Menu simple meehun sup dan roti jala jer .... tapi siap buat begedil lagi ....


Friday, 12-Sep-2008 13:34 Email | Share | | Bookmark
Buka puasa di rumah Dr Hairul & Nadia

Salad n sauces
Shushi
Nasi ayam
View all 11 photos...
Ini pulak masa berbuka di rumah Dr Hairul. Niat asal nak menjemput mereka sekeluarga kerumah kami, tapi discuss punya discuss, akhirnya bersetuju buat kat rumah mereka. Yelah nadia pun masih dalam 'pantang' lagi. Mujurlah adik Nadia ada lagi ... dialah yangmasak sushi, ayam teriyaki dan broccoli with shredded fish ('serunding'). Kami bawa nasi ayam ... mujurlah adik Nadia makan ...

Kat sini kami kepilkan gambar anak kedua mereka, Shaqeel Rayyan , a mixed of malay and japanese.


[<<  <  1  2  3  4  5  [6]  7  8  9  10  11  12  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net