Cardiff Rangers' FotoPage
cardiff hafiz muiz
By: Cardiff Rangers

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  1  2  3  4  5  6  [7]  8  9  10  11  12  >  >>]    [Archive]
Sunday, 7-Sep-2008 10:57 Email | Share | | Bookmark
Aktiviti minggu pertama Ramadhan 1428H di Cardiff

Kangkung untuk menu pecal kami
Ini taugeh uk
kacang tanah goreng
View all 13 photos...
Antara program iftar ramai-ramai di Cardiff ni, 'kampong' kami Cathays kena prepare juadah untuk minggu pertama. Apa nak masak ye? Nampaknya buat pecal yang agak menarik. Lagipun setelah masuk sembilan disini, belum pernah mencuba buat pecal. Bukannya apa ... leceh! kalau nak betul2 punya memanglah leceh. Hasilnya memang tak menghampakan walaupun taklah se'kick' di Mesia sebab terlupa beli asam jawa, yang ada pes asam jawa ... lain tekstur dan rasanya.

Apa lagi kami buat masa iftar tu? Tadarrus dan solat wajib dan sunat tarawaihlah ... yang pentingnya dapat jumpa ramai-ramai. Tengoklah gambar-gambar kami nih ...


Saturday, 23-Aug-2008 17:00 Email | Share | | Bookmark
Camping & barbeque di Llannmadoc, Swansea

Camping site
'This is a nice place'
Amin macho!
View all 27 photos...
Ini cerita kami first time camping! hatta di Malaysia pun tak pernah camping! Al-kisahnya nak venture rough lifelah...memang sungguh menarik pengalaman ni. Yang paling menarik sebab tak pernah ber'camping' maka tak pandailah nak pasang khemah.Yang bestnya malam tu hujan punyalah lebat dan angin memeng tersangatlah kuatnya ...maklumlah kat tepi pantai...apa lagi khemah bergoyang macam nak tercabut aje... memang tak boleh tidor dibuatnya ...alhamdulillah tak terbang khemah ... bila hari dah siang, mulalah kelam kabut betulkan pegging khemah ... memang kebetulan cuaca tak begitu memberansangkan ...angin, hujan...as usual, the unexpected British weather.

Tapi pengalaman ini memang tak boleh dibeli ... terutamanya untuk anak-anak yang tidak pernah merasa 'survival' experience. Makan dan pakai ala kadar...ditambah bilik air yang jauh dari khemah, bila pagi nak solat ... sejuuuuuuuk nak pergi ambil wudhu'.

Tapi Muiz dan Hafiz tetap enjoy ... especially bila main kat pantai, habis 'sunburn'...tataplah gambar-gambar mereka ... buat 'terusan' di pantai Llanmadoc

Adakalanya serik nak bercamping ... tapi pengalaman ini memang berharga .... pemandangan yang menyejukkan, hijau dan penuh dengan biri-biri.


Sunday, 10-Aug-2008 05:21 Email | Share | | Bookmark
Some more pics at the International Balloon Fiesta

Inilah rombongan kami
Muiz siap dengan welli lagi
Ba ba black sheep...
View all 16 photos...


Saturday, 9-Aug-2008 12:33 Email | Share | | Bookmark
Bristol International Balloon Fiesta 2008

Sesampai di site fiesta...apa lagi panjat!
Sebelum apa-apa solat dulu...tengok makmum ruku' dulu
The fiesta site
View all 6 photos...
This year is the 30th celebration for the fiesta. Kami teruja sebab brochure yang diedarkan, it was going o be hundreds of airballoon on show petang tu. Tapi hampeh sebab angin kuat sangat hari tu ... dah the last day ...meredah hujan yang tak henti-henti ... apalah nasib kami. Apapun kami dapat menyaksikan airshow by Red Arrow yang famous satu duania tulah ... kalau di Mesia kena pi Langkawi baru leh tengok, itu masa LIMA punya timelah ...
Tapi gambar Red Arrow tu tak dak lagi nanti upload kemudia ye..


Wednesday, 6-Aug-2008 01:01 Email | Share | | Bookmark
Meraikan Dr Hairul di Red Dragon, Cardiff Bay

Lepas makan depan restoren di Cardiff Bay
Another photo
Entrance of the Red Dragon
View all 6 photos...
Alhamdulillah pada 30 Julai 2008, sahabat kami Hairul Azlan telah berjaya melepasi satu cabaran dalam perjalanan pencarian ilmunya, VIVA. Setelah hampir 2 jam bertungkus lumus melalui viva, teranugerahlah gelaran doktor falsafah. Walaupun bukan inilah satu-satunya matlamat sesiapun yang melalui perjuangan sebagai pelajar PhD, tetapi ianya pasti cukup bermakna. Bukti seseorang itu gigih, bekerja keras, berdisiplin tinggi dan 'pencari ilmu'. Semoga apa yang selama 3 tahun diamalkan akan terus menjadi tradisi hidupnya. Apatah lagi, saat kini beliau juga sedang menunggu kelahiran cahayamata kedua setelah menunggu lebih 8 tahun. Sesungguhnya, semuanya ini adalah suatu anugerah yang tidak ternilai buatnya.

Rasa syukur dan kegembiraan serta kelegaan sangat dirasai oleh kami sekeluarga dengan kejayaan Dr Hairul. Keluarga beliau (Nadia dan Firdaus) adalah sebahagian dari keluarga kami disini. Keprihatinannya terhadap kami sejak berita kami akan datang kebumi Cardiff sehinggalah kini sangat menyentuh perasaan kami sekeluarga. Andai tiada keprihatinannya, mungkin 'settling down' kami banyak yang tergendala. Mungkin dengan itu jua, Allah memudahkan perjuangan PhDnya. Insya Allah doa kami akan sentiasa bersama kalian sekeluarga.

Sebagai tanda kesyukuran, kami meraikan Dr Hairul sekeluarga di restoran 'The Village' di Cardiff Bay pada 1 Ogos 2008. Lama sudah kami dengar keenakan masakan di restoran ini dan inilah saat sesuai mengunjunginya. Walaupun, hari tersebut jatuh pada hari jumaat yang menjadikan kami sedikit kelam kabut sebab solat jumaat, kami tetap enjoy. Alhamdulillah tersempurnalah sudah hajat kami meraikan kejayaan Dr Hairul. Moga ianya menjadi peransang kepada diri ini untuk berjuang.

TAHNIAH dr KAMI


[<<  <  1  2  3  4  5  6  [7]  8  9  10  11  12  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net