Cardiff Rangers' FotoPage
cardiff hafiz muiz
By: Cardiff Rangers

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  1  2  3  4  5  6  7  [8]  9  10  11  12  >  >>]    [Archive]
Monday, 4-Aug-2008 06:30 Email | Share | | Bookmark
Ulangtahun tahun Perkahwinan ke 18 Aziz & Alawiah

Aziz & Alawiah 4 Ogos
Tanggal 4 Ogos adalah hari nostalgia bagi kami berdua...memupuk kasihsayang dan membina mahligai yang diserikan dengan lima cahayamata - Nurul Farhah, Abdul Muhaimin, Nurul 'Izzah 'Aisyah, Abdul Hafiz dan Abdul Mu'iz.

Bagi kami tiada yang lebih bermakna selain doa supaya ikatan ini dilimpahi rahmatNya serta di penuhi berkahNya. Doa anak-anak juga sangat disanjung muga kami terus diizin memberi lembayung kasih dan sayang didunia dan akhirat.

Kepada putera-puteri kami,
Persembahan video tempohari sesungguhnya suatu kejutan yang sangat bermakna buat kami berdua. Sesungguhnya ia jua mengingatkan kami betapa usia mahligai ini dibina sudah mencecah hampir 2 dekad ... walau kami kekadang merasakan baru semalam memeterai janji ...

Wahai putera-puteri kami
Kalianlah kekuatan kami berdua ... kalian turut serta dalam jatuh bangunnya kehidupan kami. Biarpun kalian tampil seperti anak-anak lain, kalian sebenarnya hadir dalam hidup kami sebagai teman serperjuangan ... merasai dan memahami apa yang kami lalui selama ini. Tiada yang lebih bermakna buat kami selain kalian.

Syukur dengan kurniaan ini ... Ya Allah tebarkanlah lembayung rahmatmu keatas kami, sulamilah hati kami dengan mawaddah wa marhamah.




Sunday, 3-Aug-2008 00:00 Email | Share | | Bookmark
Hari Keputeraan Ayahanda Haji Siraj Abd Khanan

Ayahanda dan puterinya
Hari ini adalah hari ulangtahun ke 70 buat ayahanda tersayang ...tanggal rasmi kelahirannya ialah pada 3 Ogos 1938. Genap usia 30 tahun jugalah ayahanda dikurniakan puteri kedua, itulah aku ...yang kebetulannya diputerikan pada 2 Ogos (Jumaat). Menurut sumber yang boleh dipercayai, hari kelahiran kami ditakdirkan sama ... kebetulannya lagi kami adalah cahayamata ketiga dalam keluarga! Maka telahan membuat perbandingan 2 insan ini ... seorang ayahanda dan puteri yang tiada banyak beda dari sikap dan percaturan hidupnya. Tegas dengan kemahuan yang mahu dicapai dalam hidupnya.

Menyusuri kehidupan yang serba kekurangan ... berbekalkan kecekalan dan semangat yang tinggi, ayahanda berjaya merubah kehidupan keluarga. Keperihatinannya terhadap pendidikan anak-anak tiada tolok bandingnya .... terlalu banyak pengalaman yang dilaluinya untuk dinukilkan disini dalam usahanya ini. Kesanggupannya berhujan berpanas mengayuh basikal usangnya sejauh 3 km pergi dan balik untuk menghantar dan mengambil anak-anak begitu mengusik hati ini. Tiada erti penat dan rehat dalam kehidupannya ... rutin hidupnya padat seharian sehinggalah usianya mencecah 70 tahun. Tiada apa yang lebih bermakna dalam hidupnya selain melihat anak-anaknya berjaya dalam hidup dan menjadi seorang manusia!

Cuma, hati ini lebih sayu mengenangkan ayahanda dikejauhan. Sakit peningmu tidak dapat kurawat ... senyumanmu atau sergahanmu tiada dapat ku tatap buat sementara ini. Hanyalah suara pengubat rindu. Walauapapun, doaku sentiasa bersama .... bersama bonda disisi, ayahanda akan sentiasa ceria.

Ya Allah ... Rahmatilah kehidupan mereka dengan Iman dan Taqwa. Penuhilah usia mereka dengan amal jariah dan ibadah. Selimutilah mereka dengan kesihatan yang baik. Amiin.


Monday, 28-Jul-2008 12:04 Email | Share | | Bookmark
Cathays High School 2008

Prince Harry at CHS
Another pic of Harry at CHS
Izzah & fren
View all 9 photos...
These are some of the photographic expressions of Farhah & Izzah at Cathays High School in the first six months of 2008. They enjoyed friends and school..also being selected to welcome Harry in his first royal visit to the school. Unfortunately, their faces were not in the Harry's shots. In fact Amin was also selected for that momentous occasion.


Monday, 14-Jul-2008 09:10 Email | Share | | Bookmark
Fruitpicking di Gelynis Farm, Radyr

Happy kids...first time experience at vineyard section
Khusu'nya kakak cari raspberry
Ijah tu klentong...bukan darah...jus raspberry!
View all 16 photos...
Fruit picking is one of the many events that I've always wanted to share and experience with the kids. We enjoyed fruit picking when we were here, I mean London 15 years back. So, this is an opportunity for them. It was quite an ad hoc visit actually. It's not just fruit picking, but also a picnic!

Pagi-pagi lagi i woke up to prepare the nasi kerabu! Ha...ha, this is Cardiff version of nasi kerabu. It's a simple nasi kerabu, of course but don't be surprise it's complete with the tumis budu! At least boleh menghilangkan kerinduan nasi kerabu Padang Balang atau Belimbing di Tanah Merah! This is the third time I prepared the dish, easier than in Malaysia coz the fish and dessicated coconut are readily prepared. Taking about the most 45 minute!

Family Fadzly and family Islahuddin joint the picking and picnic. We had fun together and of course Muiz enjoyed the most. Bila tang lepas free macam tu memang dialah yang paling enjoy. Cuma masa visit tu, yang banyak cuma aspberry and ther berries except the strawberry. Quite frustating jugaklah... anyway, we had the experience of picking!


Sunday, 6-Jul-2008 20:10 Email | Share | | Bookmark
Rehlah di Cosmeston Lake, Sully

Like always...welcome from the princesses
Amin dan Muiz
Ni yang Muiz paling suka!
View all 12 photos...
Cuaca taklah menarik sangat...hujan renyai-renyai, tapi disebabkan semangat nak beristirehat tu tinggi, kami pergi juga. Ramalan cuaca kata cuaca akan bertambah baik...alhamdulillah setelah berhujan sekejap...akhirnya cuaca cukup cantik. Perjalanan taklah lama sangat, selama 20 minit dengan kereta kami yang sudah antik. Main, tazkirah dan makan...walaupun agak penat tetapi aktiviti sebegini memang berbaloi.


[<<  <  1  2  3  4  5  6  7  [8]  9  10  11  12  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net